Latest Post

Drama Budak Boys Lakonan Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi,

Nantikan drama bertajuk Budak Boys yang akan mengisi slot Iris TV3. Drama bersiri terbitan A Aida Production Sdn Bhd diarahkan oleh Bade Hj Azmi. Antara pelakon yang membintangi adalah Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi, Naim Shamshol, Eyra Hazali, Jaja Iliyes  dan ramai lagi. 

JUDUL : BUDAK BOYS 
TARIKH / MASA : 2018 
SIARAN : Slot Iris TV3  
PENGARAH : Bade Hj Azmi 
TERBITAN : A Aida Production Sdn Bhd 
PELAKON : Nafiz Muaz, Ashraf Muslim, Nafiez Zaidi, Naim Shamshol, Aman Suwardi, Eyra Hazali, Jaja Iliyes, Shuhanti Hanafiah

WATAK PELAKON 
Nafiz Muaz sebagai Hakim 
Ashraf Muslim sebagai Mejar Faisham 
Nafiez Zaidi sebagai Arif 
Eyra Hazali sebagai Mastura
Jaja Iliyes sebagai Adilla

SINOPSIS BUDAK BOYS
~akan dikemaskini kelak

Drama Sara Kirana Lakonan Mia Ahmad, Hafreez Adam

Nantikan drama bertajuk Sara Kirana adaptasi daripada novel karya Ramlah Rashid. Menampilkan lakonan Mia Ahmad, Hafreez Adam, Jaslin Puasa dan Eyka Farhana. Drama bersiri arahan Amie Maziah ini akan ditayangkan di saluran RTM. 

JUDUL : SARA KIRANA 
TARIKH TAYANGAN : 2018
SIARAN TV : RTM 
PENULIS SKRIP : Ramlah Rashid 
PENGARAH : Amie Maziah Abdul Rahim 
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd 
PELAKON : Mia Ahmad, Hafreez Adam, Jaslin Puasa, Eyka Farhana, Akmal Ahmad, Kuza, Rahhim Omar

WATAK PELAKON 
Mia Ahmad sebagai Maisara
Hafreez Adam sebagai Zahrin
Jaslin Puasa sebagai Zulfakar
Eyka Farhana sebagai Elly

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Kisah Ku Inginkan
Penyanyi : Siti Nurhaliza & Judika

SINOPSIS SARA KIRANA

Kisah Maisarah, isteri yang patuh dan taat pada suaminya, Zulfakar dicerai tanpa sebab. Sara yang kecewa, bangkit semula sebagai Sara Kirana, seorang penulis novel. Dia dibantu oleh Zahrin, adik Zulfakar yang selama ini menyimpan hati kepadanya. Cinta mula berpaut, namun percintaan mereka mendapat tentangan dari bekas mentuanya, Puan Zulaikha dan Haji Salam yang tidak bersetuju kerana dianggap kurang manis memandangkan Zulfakar masih hidup.

Namun kerana sayangkan anak, mereka enerima Maisarah sekali lagi menjadi menantu. Selepas mereka berkahwin, Zulfakar cuba mendekati Maisarah kembali. Perkahwinan barunya dengan Elly tidaklah begitu bahagia. Zahrin mula cemburu akan abangnya. Malang tak berbau, tiba-tiba Zahrin ditimpa kemalangan dan terlantar koma.

Gegar Lawak 2018

Program realiti pertandingan pencarian bakat lawak terbaharu diberi nama Gegar Lawak bakal menampilkan 14 kumpulan peserta yang terdiri daripada lapan peserta solo, empat peserta duo dan dua peserta trio dari negara Nusantara (Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura). Mereka ialah Hezry, Tasya, Eyya, Ayim, Padil, Abe, Rizal, Bayu, Testo, 2B, Candy, Sogeh, Kiut dan Abata.

Gegar Lawak bakal bersiaran secara langsung selama sembilan minggu bermula 19 Januari 2018, pada setiap hari Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 123) dan Warna HD (saluran 134). Juga boleh didapati di platform digital, Astro GO dan ‘On Demand’.

Gegar Lawak menggandingkan Kamal Adli dan Fad Bocey sebagai hos program, manakala pelawak Tauke, Nizam Jentik Jentik, Ali Puteh dan Dzawin pula menjadi 'Rakan Komedi' yang akan membimbing dan membantu membangunkan idea setiap peserta.

Para peserta akan diadili oleh  dua juri tetap (Douglas Lim) dan seorang juri jemputan setiap minggu. Pemberian markah daripada barisan juri merangkumi 70 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS). Gelaran juara dan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah trofi.

• Tirai Gegar Lawak (Jumaat, 19 Januari 2018, jam 10.00 malam)
• Gegar Lawak - Persembahan mingguan (Setiap Jumaat mulai 26 Januari 2018, jam 10.00 malam)
• Kapsul Gegar Lawak (Rabu hingga Jumaat mulai 24 Januari 2018, jam 9.55 malam)

Drama Dia Anak Jeneral Lakonan Niena Baharun, Fattah Amin,

Drama bersiri 'Dia Anak Jeneral' yang diadaptasi daripada novel tulisan Hezzy Azra akan mula ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM TV2) bermula 24 Januari ini. Drama terbitan produksi A.Aida Production ini diarahkan oleh Khalid Nazri. Menampilkan gandingan Fattah Amin dan Niena Baharun sebagai teraju utama. Saksikan drama Dia Anak Jeneral sebanyak 26 episod, disiarkan setiap Rabu dan Khamis, pukul 8.30 malam menerusi saluran TV2.

JUDUL : DIA ANAK JENERAL 
JUMLAH EPISOD : 26 episod 
TARIKH TAYANGAN : 24 Januari  2017 
WAKTU SIARAN : Rabu & Khamis, 8.30 malam 
SIARAN TV : TV2 (RTM) 
PENULIS NOVEL : Hezzy Azra 
PENGARAH : Khalid Nadzri 
TERBITAN : A.Aida Production Sdn Bhd 
PELAKON : Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, Fatimah Azzahra, Qazem Nor, Adiba Yunus, Lan Siro, Mas Khan, Mimi Ernida

WATAK PELAKON 
Fattah Amin sebagai Zakhif
Niena Baharun sebagai Syirin
Datuk Tarmimi Siregar sebagai Dato Hambali
Aida Khalida sebagai Noriah
Mas Khan sebagai Nukman
Mimi Ernida sebagai Diara 

SINOPSIS DIA ANAK JENERAL
Mengisahkan Leftenan Jeneral Dato Hambali dan isterinya, Noriah mempunyai 3 orang anak perempuan, Shima, Shida dan anak bongsu, Syirin. Shima dan Shida sudah berkahwin dengan Fikri dan Asyraf, pegawai badan beruniform, mengikut kehendak ayahnya. Dato Hambali mahu menjodohkan Syirin dengan Nukman, seorang pegawai beruniform dan juga anak kepada Mustakim dan Saadiah. Syirin dan Nukman berkawan baik semenjak kecil lagi. Syirin dan Nukman cuba mengelak perkara tersebut kerana mereka tidak mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Syirin ternyata tidak setuju dengan tindakan ayahnya walaupun dipujuk oleh Shima dan Shida. Beliau mula menunjukkan protes manakala Dato Hambali berkeras dengan keputusannya dan menyuruh isterinya terus memujuk Syirin untuk menerima Nukman sebagai bakal suami.

Zakhif, seorang kontraktor dipanggil untuk menyiapkan kerjakerja pembaikan di rumah Dato’. Syirin bertemu dengan Nukman untuk berbincang tentang hal mereka. Syirin kecewa apabila Nukman seolah-olah bersetuju dengan keputusan keluarga untuk menjodohkan mereka. Beliau terus pulang ke rumah dalam keadaan kecewa. Setibanya di rumah, beliau menjerit terperanjat apabila melihat Zakhif berada di dalam bilik air di biliknya.

Masalah yang dihadapi Syirin membuatkan beliau mula hilang fokus terhadap kerjanya. Majikan beliau, En. Terence mula mengesan perubahan tersebut dan bertanyakan masalah Syirin. Ini kerana beliau juga menaruh hati terhadap Syirin. Zakhif hampir menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumah Dato’ Hambali. Beliau kemudiannya pulang ke kampung Mak Ani, keluarga angkatnya untuk mengambil Eja pulang ke Kuala Lumpur. Ibu Nukman masih tidak berpuas hati dengan Nukman yang padanya tidak ikhlas akur dengan kehendaknya untuk dijodohkan bersama Syirin. Beliau merasakan yang Nukman masih mengingati bekas kekasihnya, Diara yang memutuskan hubungan dengan Nukman 4 tahun lepas.

Syirin berbincang dengan Nukman dan akhirnya terpaksa untuk bersetuju dengan desakan keluarga. Ayah dan ibu mereka nyata gembira dengan situasi tersebut dan Dato’ terus berbincang tentang majlis bertunang dan perkahwinan. Nukman terserempak dengan bekas kekasihnya, Diara di pusat membeli belah ketika mencari hadiah perkahwinan. Syirin melihat perubahan pada Nukman selepas insiden beliau terserempak dengan Diara. Nukman berjumpa dengan Diara yang menceritakan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya. Diara menyatakan yang beliau masih sayangkan Nukman dan sanggup bermadu dengan Syirin. Syirin mengadu dengan Nukman yang Nukman susah untuk berjumpanya dengan alasan sibuk sedangkan dia sudah mula membuka pintu hati pada Nukman.

Syirin kecewa dengan perubahan Nukman. Syirin keluar rumah pada suatu malam ketika ibu bapanya tiada untuk menyertai Zakhif mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan. Zakhif menasihati Syirin agar tidak menyertainya pada masa hadapan kerana beliau akan menjadi isteri Nukman tidak lama lagi. Syirin berjumpa dengan Zakhif dan berkongsi masalahnya dengan Zakhif. Beliau meminta agar Zakhif masuk meminang yang membuatkan Zakhif terperanjat. Zakhif menyatakan yang perkara tersebut bukanlah perkara yang mudah dan mereka tidak setaraf. Diara bertemu dengan Syirin dan memujuknya untuk meneruskan perkahwinan dengan Nukman namun sebaliknya Syirin bertegas untuk memberi laluan kepada Diara.

Syirin bertemu dengan Zakhif yang menyatakan kesediaannya untuk menghantar rombongan meminang Syirin. Dato’ mengamuk dan menampar Syirin apabila Syirin menyatakan yang beliau tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Nukman sebaliknya mahu berkahwin dengan Zakhif. Dato’ mempunyai pandangan negatif terhadap Zakhif kerana pernah ternampak Zakhif bersama dengan adik angkatnya, Eja.

Dato jadi tidak tentu arah untuk menyampaikan berita tersebut kepada Mustakim, ayah Nukman. Beliau berasa sungguh malu dengan keputusan Syirin. Dato’ mengakui yang beliau memang tidak sukakan Zakhif yang padanya tiada masa hadapan dengan kerjayanya. Akhirnya Zakhif memberitahu Eja dan Mak Ani tentang rancangan pertunangannya dengan Syirin minggu hadapan dan meminta mereka turut serta dalam rombongan meminang.

Adakah hubungan mereka berakhir dengan kebahagiaan? 

Telemovie Pak Ya Codel Lakonan Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan telefilem bertajuk Pok Ya Cong Codei arahan Sabri Yunus. Lakonan Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mustapha Kamal dan Sabri Yunus. Akan disiarkan pada hari Sabtu (20 Januari 2018) jam 9 malam di Astro Citra saluran 131 dan Mustika HD saluran 134.

JUDUL : POK YA CONG CODEI 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 20 Januari 2018, 9.00 malam 
SIARAN TV : Astro Citra 131 & Mustika HD 134 
PENGARAH : Sabri Yunus 
TERBITAN : Balang Rimbun Sdn Bhd 
PELAKON : Sabri Yunus, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose, Mustapha Kamal, Saidi Sabri, Hadi Nawawi

SINOPSIS POK YA CONG CODEI

Pok Ya merupakan seorang samseng gedebe di Kelantan. Dia mendapat tugasan untuk mencari anak seorang peniaga yang diculik di Kuala Lumpur.

Telemovie Jodoh Tak Salah Alamat Lakonan Akim Ahmad (The Majisret), Raysha Rizrose

Saksikan telefilem Jodoh Tak Pernah Salah Alamat istimewa sempena AJL32. Menampilkan Akim Ahmad sebagai teraju utama di samping Raysha Rizrose, Sharifah Shahora dan Adam Shah. Akan disiarkan di TV3 hari Sabtu ini jam 10 malam. 

JUDUL : JODOH TAK SALAH ALAMAT 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 20 Januari 2018, 10.00 malam 
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3 
PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin 
TERBITAN : Excellent Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Akim Ahmad (The Majisret), Raysha Rizrose, Sharifah Shahora, Adam Shah, Tunku Hanis

SINOPSIS JODOH TAK SALAH ALAMAT

Mengisahkan Luqman yang mengenali gadis seksi, Diana ketika terbabit dalam satu kemalangan. Luqman sentiasa berprasangka buruk terhadap Diana. Suatu hati, ketika ke masjid, Luqman bertemu Adiwiyah tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya Diana yang sudah berubah.

Bintang Bersama Bintang 2018

Program hiburan Bintang Bersama Bintang kembali dengan membawakan enam pelawak terkenal tanah air bersaing sesama mereka dibarisi oleh Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk.

Bintang Bersama Bintang 2018 menampilkan pentas mingguan di mana setiap peserta harus mempersembahkan sketsa dan ‘punchline’ selama empat minit tiga puluh saat serta lagu berdurasi dua minit tiga puluh saat yang telah diolah menjadi kelakar mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. Setiap minggu, para peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka.

Sistem pemarkahan Bintang Bersama Bintang 2018 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri dan 30% daripada undian atas talian. Bagi membuat undian dan ketahui info lebih lanjut boleh ke laman sesawang www.xtra.com.my/BBB2018. Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6.00 petang.

Sepanjang pertandingan, tiada penyingkiran dilakukan, namun pemenang mingguan akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Manakala, pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000.

Saiful Apek telah dipilih sebagai juri tetap rancangan dan setiap minggu akan menampilkan juri jemputan dan personaliti radio terkenal, AG, sebagai pengacara.

Bintang Bersama Bintang 2018 (BBB2018) bakal bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam selama tujuh minggu bermula 14 Januari 2018, setiap Ahad pukul 10.00 malam di TV3.