Drama Muzium Misteri Lakonan Bell Ngasri, AR Badul

Drama bersiri Muzium Misteri yang akan mengisi slot Seramedi di TV3. Membariskan pelakon seperti Along Eyzendy, Bell Ngasri, Shah Sulaiman, AR Badul, Chacha Maembong dan ramai lagi. Sebuah drama arahan Hashim Rejab dan skrip oleh MF Kencana.

JUDUL : MUZIUM MISTERI  
TARIKH / MASA : 2017 
SIARAN : Slot Seramedi (TV3) 
SKRIP : MF Kencana  
PENGARAH : Hashim Rejab  
TERBITAN : Zamriez Golden Picture 
PELAKON : Shah Sulaiman, Bell Ngasri, Along Eyzendy, AR Badul, Chacha Maembong, Iswan Ismail, Sasqia Dahuri

WATAK PELAKON
Shah Sulaiman sebagai Danial
Bell Ngasri sebagai Shah
Along Eyzendy sebagai Adam
Ep1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep11Ep 12Ep13Ep 14
Ep15Ep 16Ep 17Ep 18Ep19Ep20Ep21

SINOPSIS MUZIUM MISTERI
Mengisahkan Adam (Along Eyzendy) dan Shah (Bell Ngasri), penuntut kejuruteraan di Jepun kembali pulang ke Malaysia pulang setelah tamat pengajian. Mereka berdua merupakan pelajar yang bijak. Sekembalinya ke Malaysia, mereka berdua masih belum mendapat peluang pekerjaan.

Sewaktu menuntut di Jepun, mereka mencipta alat untuk menangkap lembaga atau hantu bersama beberapa penuntut dari Jepun. Mereka mendapat idea untuk menjadi penangkap hantu dengan alat ciptaan mereka. Adam dan Shah mengajak Danial (Shah Sulaiman), rakan sekampung mereka untuk membantu. Bermulalah mereka bertiga dengan pekerjaan ala “Ghostbusters” di seluruh pelusuk kampung. Walaupun begitu, niat mereka untuk menjadi penangkap hantu pada mulanya tidak mendapat restu ibu Adam kerana ibunya merasakan ia adalah perbuatan yang sia-sia sedangkan dia berkelulusan tinggi.

Shah pula ditinggalkan Hana (Sasqia) kekasihnya kerana keluarga Hana enggan bermenantukan Shah yang hanya bekerja mencari hantu sedangkan itu hanyalah alasan Hana kerana dia sudah punya pilihan lain yang lebih kacak daripada Shah. Danial pula mempunyai ramai adik beradik yang bersekolah jadi dia tiada pilihan pekerjaan selain mengikut Shah dan Adam mencari hantu. Tetapi pekerjaan mereka ini kemudiannya viral di Facebook dan mula mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai.

Sementara itu, Encik Bad (AR. Badul) memiliki sebuah muzim yang mempamerkan replika makhluk ghaib dan lembaga yang menakutkan iaitu Muzium Misteri. Encik Bad merasakan tubuhnya bagai telah diganggu sesuatu. Apabila terlihat video viral Adam, Danial dan Shah, Encik Bad menghubungi mereka bertiga dan meminta bantuan untuk mengimbas badannya. Ternyata memang benar Encik Bad telah diganggu oleh Penunggu yang menumpang di badannya. Encik Bad kemudian mendapat idea untuk memajukan lagi perniagaanya. Sejak kebelakangan ini, muzium kurang mendapat sambutan lebih-lebih lagi apabila terdapat muzium baharu yang diusahakan oleh pesaingnya iaitu Encik Tar (Kamarul Hj. Yusof).

Encik Bad mengupah Adam, Danial dan Shah dengan kepakaran mereka untuk menangkap hantu yang seterusnya akan dipamerkan di muziumnya. Sudah pasti jika menggunakan hantu atau lembaga yang betul, muziumnya bakal mendapat sambutan. Pada mulanya Adam dan Shah enggan. Danial pula hanya ikut sahaja. Tetapi sebaik sahaja Adam dan Shah ternampak Nur (Chacha Maembong), anak Encik Bad yang cantik mereka berdua terus setuju.

Encik Tar pula apabila melihat muzim Encik Bad semakin ramai dengan pengunjung mula tidak senang duduk. Encik Tar sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Muzium Lembaga Encik Bad. Adakah Encik Tar akan berjaya? Apakah Adam, Danial dan Shah akan kekal bersatu selamanya untuk menangkap hantu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment