Telemovie Kismet Lakonan Eman Eman, Vanidah Imran, Miera Leyana

Saksikan lakonan Eman Eman, Vanidah Imran, dan Miera Leyana dalam telefilem Kismet pada Sabtu ini pukul 9 malam di TV3.

JUDUL : KISMET 
TARIKH / MASA : Sabtu, 30 September 2017, 9 malam  
SIARAN : Slot Cerekarama TV3 
TERBITAN : Kuasatek Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Eman Eman, Vanidah Imran, Miera Leyana, Jalaluddin Hassan

SINOPSIS KISMET
Shahrom, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai isteri bernama Farah dan seorang anak perempuan, Rania. Hubungan mereka mula dingin apabila dalam diam, Shahrom telah menjalin hubungan sulit dengan Nora. Shahrom banyak menghabiskan masa bersama Nora dan merancang utnuk berkahwin. Walaupun dapat menghidu aktiviti Nora dan suaminya, Farah memilih untuk berdiam diri. Akibat tekanan jiwa yang dilaluinya, Farah telah mengalami sakit jantung tetapi merahsiakannya dari pengetahuan orang lain termasuk Shahrom. Sharom perlahan-lahan mula menilai semula tentang hubungannya dengan Nora dan berpakat dengan Rania untuk memberi kejutan kepada Farah. Namun, mereka sendiri yang terkejut apabila melihat Farah sudah terbujur kaku dan akibat serangan jantung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment