Telemovie Nur 3 Pagi Lakonan Azira Shafinaz, Syafiq Kyle,

Sempena Maal Hijrah, TV3 akan menayangkan telefilem istimewa berjudul Nur 3 Pagi yang menampilkan lakonan Azira Shafinaz dan Syafiq Kyle. Telefilem arahan Heykal Hanifah ini akan disiarkan pada Jumaat ini jam 10 malam. 

JUDUL : NUR 3 PAGI 
TARIKH / MASA : Jumaat, 22 September 2017, 10 malam  
SIARAN : TV3 (Istimewa Awal Muharram) 
PENGARAH : Heykal Hanifah 
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd 
PELAKON : Azira Shafinaz, Syafiq Kyle, Abdul Rashid Jaafar, Kamal Sumbu

SINOPSIS NUR 3 PAGI

Nur Jannah dan ibu bapanya telah berpindah ke kampung halaman setelah lama menetap di ibu kota. Di kampungnya, dia telah berkenalan dengan Fariz. Setelah beberapa lama berkenalan, mereka bertunang. Beberapa minggu selebum perkahwinannya, Nur sering terjaga tepat pada pukul 3 pagi. Fariz akan menasihatinya untuk solat tahajud dan berselawat. Suatu hari, Fariz telah mengalami kemalangan semasa berada di dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Nur. Nur masih terjaga setiap pukul 3 pagi dan tidak dapat melelapkan mata. Nur telah mencoretkan kisahnya dalam blog yang diberi nama Nur 3 Pagi. Cerita dalam blog Nur akhirnya sampai ke bacaan Abdul Hayy. Abdul Hayy rupa-rupanya ayah kandung Nur. Dia telah berjumpa dengan Nur dan keluarga angkatnya untuk menceritakan kisahnya. dan terbongkar kebenaran bahawa Fariz itu merupakan saudara susuan Nur. Adakah Nur dapat menerima dengan kesemua infomasi baharu tentang dirinya sendiri?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment