Gegar Vaganza Musim Ke-4 [2017]

Akhirnya teka-teki Gegar Vaganza Musim Ke-4 (2017) mengenai bintangnya terjawab selepas 12 orang penyanyi diperkenalkan pada sidang media yang berlangsung pada 10 Oktober lepas.

Tampil dengan format baru yang bertemakan Nusantara pada tahun ini, GV4 telah membawakan dua artis dari negara jiran iaitu Ferhad (Singapura) dan Firman Siagian (Indonesia).
  1. Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 (2017)
  2. Aqasha - Embun
  3. Lan Kristal - Seragam Hitam
  4. Hazami - Mungkir Bahagia
  5. Tia Jinbara - Farhana
  6. Ferhad (Singapura) - Kasih Berubah
  7. Firman Siagian (Indonesia) - Kehilangan
  8. Liza Hanim - Siapa Sangka Siapa Menduga
  9. Aishah - Janji Manismu
  10. Elyana - Tak Tercapai Akalmu
  11. Syura - Nazam Berkasih
  12. Haida - Zapin Usik Mengusik
  13. Raja Azura - Hati Terkunci
Saingan untuk tahun ini dijangkakan lebih sengit kerana 12 peserta ini sangat dikenali dengan kehebatan vokal dan karakter unik masing-masing.

GV4 masih mengekalkan pelawak Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara manakala Ramli MS selaku pengkritik tetap.

GV4 bakal bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil bermula 29 Oktober ini, jam 9.00 malam.

Kehebatan bintang GV4 ini boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment