Telemovie Dosa Terlindung Lakonan Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz

Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Terlindung lakonan Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz dan Naim Daniel. Disiarkan pada Sabtu ini pukul 10 malam di slot Cerekarama TV3.

JUDUL : DOSA TERLINDUNG 
TARIKH / MASA : Sabtu, 11 November 2017, 10.00 malam 
SIARAN : Slot Cerekarama TV3 
IDEA ASAL : Hana Hariz 
PENGARAH : Khalid Nadzri  
TERBITAN : Alfanazra Productions Sdn Bhd 
PELAKON : Zamarul Hisyam, Eira Syazira, Jue Aziz, Naim Daniel, Bella Dowanna, Hairi Safwan

SINOPSIS DOSA TERLINDUNG
Beberapa tahun lalu, Zie meninggalkan suami, Khairi dan dua anak, Eisya serta Irfan ketika mereka masih kecil. Dia tidak sanggup menjalani hidup serba kekurangan bersama mereka.

Ketika itu, Zie dilamun cinta dengan Faizal yang menabur janji memberikan kesenangan kepadanya. Zie menjadi isteri Faizal namun rumah tangganya tidak kekal lama. Dia meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai kaki perempuan dan menjadi mangsa pukul Faizal.

Khairi pula kini bergelar usahawan berjaya. Mengetahui perkara itu, Zie nekad mencari Khairi dan anaknya. Dia sanggup menggunakan dua anaknya untuk memenangi kembali hati Khairi.

Tapi kewujudan Hana menjadi penghalang untuk Zie berbaik semula dengan bekas suaminya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment