Peminat Tak Sabar Nak Tengok Anak Ramona Zamzam-“Mesti Cantik Macam ‘Mommy’”

Peminat pelakon Ramona Zamzam menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah anak perempuan artis kesayangan mereka.

Rasa teruja itu diluahkan oleh peminat menerusi ruangan komen selepas Ramona memuat naik beberapa foto yang merakamkan bahagian tepi wajah anaknya.




Lebatnye rambut dia, mesti cantik macam ‘mommy’ dia,” - @Nureen Azzaimi Anaqi

“Bila agaknya boleh tengok gambar anak dara kecil ni,” - @cikayna

“Ramona tahniah, tak sabar nak tengok wajah anak awak yang cantic ni,” - @fannalatiff

Selain ucapan tahniah, mereka juga turut mengucapkan selamat berpantang dan juga mendoakan agar Ramona dan bayi comel itu sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Pelakon cantik itu selamat melahirkan anak sulungnya pada 7 Disember lalu.

Ramona dan Rami Alashkar berkahwin pada 1 Mei 2015 selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun.

Foto: Instagram Ramona Zamzam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment