Drama Melankolia Lakonan Nonny Nadirah, Datuk Eizlan Yusof, Aliff Aziz

Nantikan drama berjudul 'Melankolia' yang akan menghiasi slot Samarinda di TV3. Membariskan pelakon seperti Nonny Nadirah, Datuk Eizlan Yusof, Aliff Aziz, Doria Rachel Jolly dan ramai lagi. Drama 24 episod ini diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli. Dijadualkan tayangannya pada awal tahun 2018. 

JUDUL :  MELANKOLIA 
EPISOD : 24 episod  
TARIKH TAYANGAN : 13 Feb 2018
SIARAN : Slot Samarinda TV3 
SKRIP : Nana Khalil, Azmy Mohd Ariff, Nasir Sulaiman 
PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli 
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd 
PELAKON : Nonny Nadirah, Datuk Eizlan Yusof, Aliff Aziz, Doria Rachel Jolly, Daaim Jailani, Amir Nafis, Neera Azizi, Elanie

Ep 1Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep 20Ep 21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25

SINOPSIS PEREMPUAN MELANKOLIA

SUHANA, seorang gadis naif bekerja sebagai agen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan. Walaupun tertekan dengan ibunya yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, namun Suhana masih hidup dalam dunia angannya. Setelah 4 bulan bekerja dalam syarikat itu, bos baru Suhana sering mengganggu Suhana dengan gangguan seksual. Suhana mencari ketenangan di sebuah cafĂ© kopi sambil memikir untuk berhenti kerja tetapi Suhana amat memerlukan duit. Ketika itu, Suhana terlihat seorang barista yang tertekan dengan kerjanya yang banyak. Tanpa disangka, Suhana menolong barista itu untuk membuat kopi untuk pelanggan. Oleh kerana Suhana pandai membuat kopi maka dia diberi peluang untuk bekerja di situ dengan gaji yang agak lumayan dan suasana pekerjaan yang lebih selamat. TUAN HAMID pula ialah seorang lelaki pendiam. Dia merupakan seorang yang mempunyai latarbelakang yang dirahsiakan dan mempunyai seorang ‘bodyguard’ bernama RAZI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment