Melodi 2018


Dihoskan oleh wajah baru iaitu Ajak & Janna Nick, Melodi 2018 akan membawakan anda pelbagai

berita hiburan terkini, kisah dan gossip selebriti Malaysia serta pelbagai isu menarik tentang industri

hiburan di Malaysia.

“Kami yakin Janna Nick yang namanya makin melonjak naik mampu menarik lebih ramai penonton muda.

“Ajak pula mempunyai potensi dalam bidang pengacaraan dan kami tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk bekerjasama dengan selebriti versatil ini,” katanya menurut portal Harian Metro.

Minggu lalu, Awal dan AG Kool FM atau Muhammad Azmir Selamat mengumumkan tidak lagi bersama Melodi untuk siaran 2018.

Lantas timbul persoalan di kalangan pengikut program berkenaan tentang siapakah yang bakal diberi peranan untuk menggantikan mereka.

Dalam pada itu, Zurina berkata, rancangan hiburan popular di saluran TV3 itu akan memperkenalkan tiga segmen baharu bertujuan memastikan program itu terus kekal hip dan segar.

Malah, siaran Melodi musim ini dilanjutkan durasinya sehingga satu jam setengah dengan mewujudkan beberapa segmen baharu yang turut melibatkan perbincangan isu tular.

“Kami berharap program infotainment popular ini akan menceriakan lagi hari Ahad penonton dengan membekalkan isu-isu sensasi meliputi artis dalam dan luar negara.

“Tiga segmen baharu yang bakal diperkenalkan ialah Cerita Sini, Habis Sini, Kecoh Netizen dan Melodi Prihatin,” katanya.

4.2.18Ep 2Ep 3Ep 4Ep 5Ep 6Ep 7
Ep 8Ep 9Ep 10Ep 11Ep 12Ep 13Ep 14
Ep 15Ep 16Ep 17Ep 18Ep 19Ep 20Ep 21
Ep 22Ep 23Ep 24Ep 25Ep 26Ep 27Ep 28
Ep 29Ep 30Ep 31Ep 32
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment