Drama Klik! Pengantin Musim Salju Lakonan Alif Satar, Siti Nordiana

Nantikan drama adaptasi novel 'Pengantin Musim Salju' karya Suri Ryana yang akan menemui penonton di Astro Ria. Mengandingkan Alif Satar dan Siti Nordiana sebagai teraju utama. Turut membintangi ialah Adam Lee, Lan Solo, Cik Manggis, Norlia Ghani, dan ramai lagi. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh sutradara Hadith Omar.

JUDUL : Klik! PENGANTIN MUSIM SALJU 
TARIKH TAYANGAN : 2018 
SIARAN TV : Astro Ria 123 & Ria HD 132) 
PENULIS NOVEL : Suri Ryana 
PENGARAH : Hadith Omar  
TERBITAN : Filmscape Sdn Bhd 
PELAKON : Alif Satar, Siti Nordiana, Adam Lee, Norlia Ghani, Nina Juren, Aleza Shadan, Lan Solo, Cik Manggis, Ardell Aryana, Jasmine Ashraff, Farouk Hussain

WATAK PELAKON 
Alif Satar sebagai Adam Putra
Siti Nordiana sebagai Kasih Lateefa 
Adam Lee sebagai Hud Mikael
Norlia Ghani sebagai Tengku Maryam 

SINOPSIS PENGANTIN MUSIM SALJU

Demi kesihatan neneknya, Adam Putra mengajak Kay, gadis brutal yang langsung tak feminin untuk berlakon sebagai pengantin olok-oloknya kerana tunangnya (Karlisha Zandra) membatalkan perkahwinan mereka pada saat akhir. Kay yang tidak mahu disatukan dengan Irham, mamat sewel yang menyakitkan hatinya itu bersetuju berlakon sebagai pengantin olok-olok Adam Putra dan mengikut lelaki itu ke Jepun untuk bertemu dengan nenek Adam Putra.

Musim dingin dan salju tebal di Jepun menjadi saksi cinta mereka bersemi. Dalam mengharungi hari-hari sebagai pasangan pengantin olok-olok, mereka terjebak dalam gelora cinta yang hangat membara hingga akhirnya mereka betul-betul jadi pengantin.

Asyiknya mereka menyulam cinta setelah berkahwin di bumi Jepun sehinggakan mereka tidak menyangka ada badai yang sedang menanti setelah mereka pulang ke Malaysia. Cinta mereka diuji dengan kehadiran Hud Mikael, sepupu Adam Putra yang pernah sukakan Kay dan juga bekas tunang Adam Putra iaitu Karlisha Zandra.

Berjayakah pengantin musim salju ini mempertahankan cinta suci mereka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment