Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari Laonan Zul Ariffin, Neelofa

Nantikan drama adaptasi novel Ti Amo Sweetheart 100 Hari karya Suri Ryana yang akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Neelofa. Diarahkan oleh Michael Ang. Dijadualkan tayangannya pada bulan Ogos nanti.

JUDUL : TI AMO SWEETHERT 100 HARI 
TARIKH TAYANGAN : Ogos 2018 
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123 
PENULIS SKRIP : Mirrada, Riqmal EG, PGRs Team  
PENULIS NOVEL : Suri Ryana 
PENGARAH : Michael Ang 
TERBITAN : Hyper Pictures Sdn Bhd 
PELAKON : Zul Ariffin, Neelofa, Nur Qistina Raisah, Scha Alyahya, Fahad Iman, Elvina Mohamad, Syerinie Myra, Raja Afiq, Adam Shadan

WATAK PELAKON 

Zul Ariffin sebagai Isaac Iskandar
Neelofa sebagai Malissa
Nur Qistina Raisah sebagai Dina
Scha Alyahya sebagai Rania 

SINOPSIS TI AMO SWEETHERT 100 HARI

Satu penipuan, satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya Iskandar setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment