Telemovie Janji Zehan Lakonan Amir Rezazadeh, Nur Fazura, Bront Palarae

Telefilem ‘Janji Zehan’ merupakan naskah terbaharu arahan Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez. Menyaksikan gandingan gandingan Nur Fazura dengan pelakon negara Timur Tengah, Amir Razazadeh. Janji Zehan bersiaran di Astro First Eksklusif Saluran 480 dan platform digital ‘on demand'.

JUDUL : JANJI ZEHAN 
TARIKH TAYANGAN : 14 Februari 2018 
SIARAN TV : Astro First Eksklusif 480 
PENGARAH : Bernard Chauly & Zabrina Fernandez 
TERBITAN : Wildsnapper 
PELAKON : Amir Rezazadeh, Nur Fazura, Bront Palarae


SINOPSIS JANJI ZEHAN

Mengisahkan tentang Zehan (Nur Fazura), seorang penerbit TV yang berjaya dan Arman (Amir Rezazadeh), seorang usahawan makanan berasal dari Iran, yang baru mendirikan rumahtangga dan kini dalam perjalanan menuju ke negara Timur Tengah itu untuk percutian bulan madu dan mencipta sebuah pengalaman romantis dalam fasa baru hidup mereka.

Namun begitu, pengalaman malam pertama mereka tidak seperti yang diharapkan. Kedua-dua mereka mula menyedari akan kekurangan masing-masing, dan disebabkan perkara-perkara kecil sahaja, Zehan dan Arman mula mempertikaikan sama ada keputusan untuk berkahwin di buat secara terburu-buru.

Keesokan harinya, Zehan dan Arman cuba berbaik semula, namun begitu kedua-duanya kelihatan tidak selesa dan kegembiraan yang diinginkan masih tidak menjelma. Arman kemudiannya membawa Zehan pulang ke kampungnya untuk diperkenalkan kepada nenek beliau. Walaupun kehadiran Zehan begitu dialu-alukan oleh nenek Arman, perbezaan budaya dan bahasa menyukarkan proses komunikasi mereka. Zehan kemudiannya cuba memenangi hati nenek Arman dengan menyediakan salah satu masakan tradisi istimewa negara Iran, ‘Ghormeh Sabzi’.

Ketika keadaan mula beransur pulih, panggilan telefon yang diterima Arman dari keluarga Zehan di Malaysia mencetuskan sedikit ketegangan. Arman sebelum ini dihubungi abang Zehan, Faizal (Bront Palarae) di mana beliau dimaklumkan bahawa ibu Zehan telah dimasukkan ke hospital. Khuatir Zehan akan risau dan terganggu ketika percutian bulan madu mereka yang masih berbaki dua hari lagi, Arman mengambil keputusan untuk tidak memaklumkan perkara tersebut kepada Zehan. Lagipun, Faizal sebelum itu ada memberitahu Arman bahawa beliau akan menghubunginya lagi untuk memaklumkan keadaan ibu dari semasa ke semasa.

Namun begitu, pada hari terakhir percutian mereka, Arman membuka mulut dan memberitahu Zehan mengenai keadaan ibunya yang kini berada di hospital. Zehan marah, sedih dan dilihat mula hilang pertimbangan. Ibunya adalah segala-galanya untuk Zehan Seorang ibu tunggal yang sangat kental jiwanya dan pengorbanan beliau membesarkan Zehan dan Faizal bersendirian tidak mungkin boleh dibalas semula.

Bagaimana pula dengan Arman? Beliau mencuba untuk memberikan kebahagiaan hakiki kepada Zehan. Sebuah destinasi cinta yang tidak terkata keindahannya. Mahukah Zehan memaafkan Arman?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post a Comment